Assalamuallaikum dan salam hormat kepada semua pengunjung blog ini.
 |
MJasni AShukri |
Salam Perkenalan Dari Saya
Saya berasal dari daerah Pitas, Sabah, Malaysia. Saya urang Sabah bah!. Pendidikan awal di SK. Pinggan-Pinggan, Pitas kemudian berpindah ke SK Sikuati, Kudat. Mendapat pendidikan menengah rendah di SMK Pekan, Kudat dan kemudiannya memasuki sekolah vokasional dalam bidang Pengurusan Perniagaan di SM Vokasional, Kudat. Di sekolah inilah minat terhadap IT bermula kerana salah satu mata pelajaran yang dipelajari ialah Asas Pemprosesan Maklumat.
Selepas itu, melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam di SMK Kota Marudu dan seterusnya memasuki Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu pada tahun 1994. Mula bertugas sebagai guru terlatih pada tahun 1997 di Telupid dan berpindah ke Kinabatangan. Atas sebab tertentu, berpindah pula ke Selangor kemudian kembali ke daerah asal yang juga merupakan sekolah tempat belajar pertama dulu iaitu SK Pinggan-Pinggan, Pitas. Mengajar di sekolah ini sehingga tahun 2009 kemudian berhenti dan kini menjalankan kerja-kerja IT secara persendirian.
Perkembangan Pengalaman
Mula masuk ke dalam dunia internet sejak tahun 1995 ketika siber kafe pertama Sabah dibuka di Sabah iaitu Jesselton Cyber Café di kawasan Gaya Street, Kota Kinabalu. Dalam tempoh sehingga kini terdapat banyak pengalaman dan beberapa pencapaian khususnya dalam bidang IT seperti
- Johan Web Courseware Design and Development (WCDD) Peringkat Negeri Sabah 2007
- Anugerah Inovasi ICT Daerah Pitas pada tahun 2009.
- Pengasas radio internet pertama Sabah iaitu Utara FM yang telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Rumah Rehat Ranau pada 25 Julai 2009.
- Bertanggungjawab mewujudkan komuniti 1SABAH iaitu antara fan page Sabah paling banyak folllowers. Komuniti ini adalah kesinambungan dari komuniti forum berasaskan Pitas Online yang telah mula diwujudkan pada awal tahun 2006 lagi.
Pembangunan Website
Dalam bidang pembangunan website pula, saya telah menghasilkan lebih 100 website/blog sama ada peribadi atau untuk pelanggan. Kebanyakan website ini menggunakan CMS Joomla! sejak tahun 2006 lagi.
Website berasaskan Joomla! pertama yang dihasilkan ialah portal SK Pinggan-Pinggan, Pitas pada pertengahan tahun 2006. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah apabila dipertanggungjawabkan untuk membangunkan beberapa website berprofil tinggi iaitu
- Kelab penyokong bola sepak Sabah iaitu Sabahawks Fan Club yang mana website ini telah dilancarkan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, Ketua Menteri Sabah yang juga merupakan Presiden Sabah Football Association (SAFA) pada ketika itu.
- Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA).
- Portal rasmi Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman (Halatuju)
- Portal rasmi Sabah Football Association (SAFA)
Mencipta inovasi perisian website jualan perniagaan profesional yang dinamakan WebJPro
 |
Dr. Zhamriee menyampaikan
sijil pengiktirafan |
Perisian ini mendapat pengiktirafan dari Dr. Zhamriee Gulam Rasul, Pakar Industri Negara yang juga Pengarah Eksekutif Institut Usahawan Muda (Malaysia).
Mencetuskan kelab rekreasi internet yang pertama di Malaysia iaitu Kelab Rekreasi Internet Sabah yang berkonsepkan 'satu pusat, banyak stesen'. MyKrisa adalah komuniti yang dibangunkan melalui kelab ini. Walau bagaimanapun, pada masa ini masih dalam perancangan untuk pelaksanaan. Pelbagai pelan dan rancangan sedang saya susun pada masa ini untuk cuba mewujudkan satu kelainan.
Saya dan Islam
Dalam hal yang berkaitan dengan Islam, saya merupakan antara yang mencetuskan Persatuan Pendakwah Islam Sabah bersama dengan Nazri Abdullah dan merupakan Setiausaha dalam persatuan tersebut. Dalam usaha membantu pengembangan Islam, saya memanjangkan idea dakwah kreatif melalui platform Dakwah Maya dengan bantuan pemikiran saudara Nazri dan nasihat/pandangan dari Ustaz Abdul Halim Abas.
MJasni AShukri
Founder
Anonymous:
Saya cuma nanya urutan zaman nabi nabi dari awal nabi Adam sampai Muhammad yang bisa diketahui, kalau ga tahu ya sudah.....
yadonvalko:
Hard Rock Hotel and Casino Philadelphia - DRMCDHard Rock 경상남도 출장안마 Hotel and Casino Philadelphia 안산 출장샵 · Experience one of Pennsylvania's premier casino resorts · The only Hard 삼척 출장마사지 Rock Hote...
Editor:
sepatutnya...ya
Anonymous:
gembira apa nih ? hmp menjadi seorang istri memang harus menuruti banget kemauan seorang suami yaHerbal Obat
Anonymous:
kok artikel nya engga ada gan ?Obat Penyakit Sakit Pinggang