Utara.FM | Realiti dalam dunia penyiaran online

Logo Rasmi Utara.FM Utara.FM ialah radio online Sabahan yang bersiaran secara online Sahaja. Nama Utara ialah Sabah merujuk kepad...

Logo Rasmi Utara.FM
Utara.FM ialah radio online Sabahan yang bersiaran secara online Sahaja.

Nama Utara ialah Sabah merujuk kepada kedudukan negeri Sabah yang terletak di utara kepulauan Borneo atau 'North of Borneo'.

Ditubuhkan pada 10 Oktober 2008 oleh Mohd. Jasni Ahmad Shukri (DJ rumputt) dan telah dilancarkan secara rasmi sebagai Radio Online Rasmi Gabungan NGO Sabah oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia pada 25 Julai 2009 di Rest House Lohan, Ranau.

Menjadi radio online Pertama di Malaysia dilantik menjadi media online rasmi persatuan bolasepak negeri iaitu Sabah Football Association (SAFA).

Menjadi radio online yang mepelopori penubuhan Konsortium Radio Online Sabah (KROS) yang dipengerusikan oleh Mohd. Jasni Ahmad Shukri (DJ rumputt) yang juga merupakan pengasas kepada Utara.FM

Menjadi radio online pertama di Malaysia yang mempolopori usaha untuk mengadakan kerjasama secara rasmi dengan radio konvensional iaitu radio kampus UMS, KKFM.
Program mencipta rekod bersiaran selama 48 jam tanpa henti

90% penyampainya adalah warga tempatan Sabah dan selebihnya adalah penyampai jemputan dari luar negeri Sabah.

Radio online pertama di Sabah yang mempunyai penyampai dari luar negara iaitu Jepun dan Mesir.

Pada masa ini terdapat lebih 30 orang penyampai dari serata daerah, negeri dan negara.

Telah banyak bekerjasama dengan pelbagai aktiviti anjuran kerajaan, NGO dan swasta seperti 
  • Pesta Jagung (Kota Marudu),
  • Pesta Kubis (Kundasang),
  • Pesta Air (Papar), 
  • Karnival Alam Sekitar (Membakut), 
  • Bulan Bahasa Kebangsaaan Sabah (Ranau) dan 
  • Pesta Durian (Ranau)
  • Menemuramah pemimpin/wira di Malaysia seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi (mantan Perdana Menteri), YAB Datuk Musa Haji Aman (Ketua Menteri Sabah),
  • Datuk Yahya Hussin (Timbalan Ketua Menteri Sabah), YB Datuk Dr. Maximus Ongkili (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia),
  • Datuk Musbah Hj. Jamli (Pembantu Menteri Pertanian dan Asas Tani Negeri Sabah), YB Puan Anita Baranting (ADUN N. 5 Tandek)
  • dan Mejar Dr. Faiz Khaleed (Angkasawan Negara).

Bekerjasama dengan artis-artis tempatan Sabah seperti Felix Agus, Ridah, S. Welly, Dayang Noraini dan ramai lagi.


Mengatur urus konsert artis terkenal seperti Stacy dan Marsha di bawah pengurusan ASTRO dan pejabat daerah.

Berikut sedikit catatan berkaitan kewujudan Utara.FM - Macam biasa juga bah...

SEJARAH PENUBUHAN

Radio online Utara FM pada ketika ini merupakan radio online rasmi bagi gabungan NGO negeri Sabah,radio online rasmi bagi Sabahawks Fan Club (Kelab Penyokong Bolasepak No.1 Sabah ).Utara FM juga merupakan ahli Konsortium Radio Online Sabah ( KROS ) yang sedang bekerjasama dengan Radio UMS (KKFM 91.1 mhz ).

Menemubual Nash (Lefthanded) ketika pelancaran di
Rumah Rehat Lohan, Ranau
Sejarah kewujudan Utara.FM ini ialah pada 10 Oktober 2008, asalnya adalah PoNET.FM iaitu radio Komuniti Pitasonline.net (PoNET) yang mana pengasasnya adalah anak jati daerah Pitas iaitu DJ RUMPUTT (MOHD JASNI MONON)dan komunitinya merangkumi seluruh Malaysia. Namun atas sebab ingin membesarkan ruang lingkup dan semangat sabahan, PoNET telah bertukar kepada Komuniti Utara Sabah, iaitu Komuniti UtaraSabah.net (KUSNET). Bermulalah radio PoNET.FM bertukar menjadi Utara.FM iaitu atas singkatan nama "Utara" Sabah, iaitu merujuk kepada kedudukan geografi KUSNET dan Utara.FM beroperasi di "gerai KUSNET" yang terletak di daerah Pitas.

Setelah kerjasama dan kesepakatan yang dibuat antara pengasas Utara FM dan pengerusi gabungan NGO negeri Sabah iaitu saudara SANGURU ( ANDROD SADIAN ),maka radio online Utara FM dikembangkan kepada seluruh pendengar di Malaysia.Bermula dari persefahaman yang kukuh ini maka terciptalah sejarah pada 25 Julai 2009 dimana mantan Perdana Menteri Malaysia YABhg.TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI telah merasmikan radio online Utara FM di Rumah Rehat,Lohan Ranau.

Tagline bagi radio online Utara FM ialah "MACAM BIASA JUGA BAH".

VISI DAN MISI

  • Menjadi satu media online yang kuat dan bersekutu dalam dunia penyiaran khususnya di internet.
  • Membentuk komuniti penyiar yang bertaraf sekurang-kurangnya semi profesional dalam bidang aspek sistem penyiaran,penyampaian individu,persembahan website dan aktiviti sosial online.
  • Membantu artis-artis tempatan Sabah untuk mempromosi penjualan album mereka.
  • Membantu pihak kerajaan menyampaikan maklumat yang lengkap kepada masyarakat setempat melalui online.
  • Membantu pihak kerajaan menjayakan majlis-majlis rasmi.
  • Membantu agensi-agensi yang memerlukan dalam bidang pemasaran internet secara lebih meluas kerana radio online Utara FM berkeupayaan untuk itu.
  • Berhasrat untuk meraih ihsan pihak kerajaan ataupun swasta untuk memberi sumbangan dari segi kewangan.
  • Menjadikan dunia internet sebagai media penyampaian info secara terus ke telinga pengguna tanpa sempadan,tanpa was-was.

Related

DJR mahu ceriakan dunia hiburan Sabah

Minatnya dalam dunia hiburan hanya bermula sebagai penyampai radio online pertama Sabah iaitu UtaraFM (UFM) dan kini beliau mula berkecimpung dalam bidang nyanyian. Mohd Jasni Ahmad Shu...

MUDAH | Play Youtube dan Shoutcast

Kali ini saya ingin mengongsikan kepada anda player untuk memainkan Youtube dan Shoutcast di PC anda untuk sistem operasi. Player ini dinamakan UMPlayer. Download KELEBIHAN Carian mudah v...

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

Ikuti Saya


Selamat datang ke blog peribadi MJasni AShukri aka rumputt


PopularTerbaruKomen

Popular

Terbaru

Program Korban 2018

Persatuan Pendakwah Islam Sabah menganjurkan program korban dan menawarkan penyertaan kepada orang ramai untuk menyertai program dengan nilai RM550 untuk 1 bahagian.

Kewajiban Mengikuti Sunnah Rasulullah SAW

Penulis: Syaikh Shalih bin ‘Abdul Aziz Alu Syaikh hafizhohullah Diterjemahkan dari Penjelasan Hadis Arba’in No. 41 Oleh: Abu Fatah Amrullah Murojaah: Ustaz Abu Ukasyah Aris Munandar Kewajiban Me...

Kata pembakar semangat dan motivasi

Berikut adalah koleksi mutiara kata yang mungkin boleh membakar semangat dan motivasi dalam kehidupan. Ingatlah bahawa ada hikmah disebalik setiap dugaan bagi mereka yang berfikir. 1. Don’t pu...

Kisah Pilu Kerinduan Bilal Kepada Rasulullah SAW

Kerinduan Bilal Kepada Rasulullah Apakah Rasulullah Telah Dibangkitan? Tanya orang-orang yang mendengarkan Adzan Bilal. Setelah menonton video ini, tidakkah anda menangis? Bersedih? Bagaima...

Amalan Ringkas Tetapi Berpahala Besar

Segala puji bagi Allah dan selawat serta salam kita curahkan kepada nabi besar kita nabi Muhammad shallallohu ‘alihi wasallam yang telah menghantarkan kita dari zaman jahiliah menuju zaman yang ...

Komen

Anonymous:

Saya cuma nanya urutan zaman nabi nabi dari awal nabi Adam sampai Muhammad yang bisa diketahui, kalau ga tahu ya sudah.....

yadonvalko:

Hard Rock Hotel and Casino Philadelphia - DRMCDHard Rock 경상남도 출장안마 Hotel and Casino Philadelphia 안산 출장샵 · Experience one of Pennsylvania's premier casino resorts · The only Hard 삼척 출장마사지 Rock Hote...

Anonymous:

gembira apa nih ? hmp menjadi seorang istri memang harus menuruti banget kemauan seorang suami yaHerbal Obat

Anonymous:

kok artikel nya engga ada gan ?Obat Penyakit Sakit Pinggang

Text Widget

Syahdu Kalimah

item