Disebalik tabir lagu Joget So Sweet Ni ciptaan Ramli Carlo
Siapa tidak kenal dengan Ramli Ahmad atau lebih dikenali dengan gelaran Ramli Carlo? Beliau adalah antara pencipta lirik yang termashyur...

Karyanya bermula dalam bidangn penulisan lirik selepas liriknya untuk lagu Adaa yang dipopularkan oleh Clarice John Matha meletup di pasaran Sabah malah ada juga penyanyi bukan Sabah yang menyanyikan lagu ini di luar negeri Sabah.
Ramli juga adalah salah seorang penyampai di radio konvensional UMS (Universiti Malaysia Sabah) iaitu KKFM - Bukan Sekadar Muzik yang sangat dikenali dalam segmen Ampai-Ampai setiap jam 4.00 petang - 8.00 malam, Isnin hingga Jumaat. Selain itu, Ramli juga boleh mengarah telemovie dan telah mengarahkan beberapa telemovie seperti Cinta Itu Anugerah selain berlakon dalam telemovie dan drama siaran RTM dan TV3.
![]() |
Ramli Carlo |
Dalam hati saya sejak bila pula si kawan ni buang tebiat kasi saya nyanyi lagu dia. Kalau saya penyanyi tidak apalah. Ramli menjelaskan bahawa lagu itu tidak perlu suara yang bagus sebab ada unsur humor.
Lagu itu sangat sesuai dinyanyikan secara selamba dengan cara lawak. Walau pun saya bukan pelawak tapi saya hargai kepercayaan Ramli dan mencuba menyanyikan lagu tersebut.
Dalam tempoh 3 jam rakaman saya selesai. Untuk mem'publishkan'nya, saya membuat satu video ringkas dengan lirik dan saya 'upload'kan ke Youtube dan Facebook.
Saya tidak hairan sebab itu adalah hasil kerja Ramli Carlo yang mana setiap karyanya mempunyai nilai komersil yang tersendiri. Saya sebagai penyanyi lagu ni hanya sekadar penyampai kerja tersebut. Terima kasih Ramli Carlo.
Download Lagu Joget So Sweet ni
Kemaskini terkini 11/6/2012