Orang Kimaragang tidak berani maju ke hadapan
Secara jujurnya saya sangat teruja dengan perjuangan yang jelas beberapa suku kaum di Sabah yang lantang menyuarakan hak mereka bukan sahaj...
https://rumputthijau.blogspot.com/2011/05/orang-kimaragang-tidak-berani-maju-ke.html
Secara jujurnya saya sangat teruja dengan perjuangan yang jelas beberapa suku kaum di Sabah yang lantang menyuarakan hak mereka bukan sahaja hak bangsa malah hak mutlak di kawasan mereka. Mereka mempunyai organisasi mantap yang dipolopori oleh ilmuan dan pemimpin yang berketrampilan dalam mencanangkan bangsa mereka. Sebagai Sabahan, saya bangga ada rumpun yang mempunyai kredibiliti begini. Kekuatan mereka mungkin disebabkan oleh kewangan dan berpendidikan.
Tarian Pinakang |
Sebut perjuangan, perjuangan hanya panas dalam mesyuarat dan menjadi senyap di luar mesyuarat. Perbincangan di kedai kopi bukan main hebat tapi pelaksanaannya hanya tinggal kenangan. Saya tidak sama sekali memperlekehkan pemimpin-pemimpin dan hartawan dari kalangan orang Kimaragang tapi ingin membangkitkan semangat perjuangan jitu untuk bangsa. Kalau kamu kira duit yang keluar dari poket untuk membangunkan bangsa, janganlah cuba menjadi pejuang bangsa. Sembunyikan diri di dalam gua dan istiharkan diri bukan dari darah Kimaragang.
Saya mewakili kelompok kecil yang rendah lagi hina mengharapkan orang Kimaragang sedar akan situasi ini. Takkan bila dengar guruh dilangit baru cari zink untuk buat rumah tempat berteduh. Kimaragan bukan di mana-mana. Hanya bertumpu di Pitas dan Kota Marudu sahaja. Mudah untuk menghimpunkannya. Mudah untuk bersepakat. Mudah untuk mencipta persefahaman.
Saya boleh bantu dengan kemahiran yang saya ada. Saya memperkembangkan diri sebagai anak Kimaragang. Saya boleh mencipta sejarah di Sabah tanpa kewangan dan pendidikan yang tinggi. Saya boleh bekerja untuk bangsa saya atas kapasiti ilmu yang saya ada. Kalau kamu mahu pertikaikan pandangan saya ini, buktikan dulu setakat mana usaha kamu untuk mengangkat martabat Kimaragang. Pencapaian diri kita boleh menjadi penanda aras kepada bangsa kita.
Mari kita bangkit bersama-sama. Kita sama-sama arahkan ke mana destinasi Kimaragang.
"Kalaulah saya mempunyai kemampuan dari segi modal untuk mengangkat bangsaku, pastinya akulah yang akan ke hadapan untuk memperjuangkan hak bangsa Kimaragang." bisik hatiku.