Pengacara Konsert Penutup Pesta Bengkoka & Kaamatan 2011

Terima kasih kepada pihak Pejabat Daerah Pitas khususnya Tuan Pegawai Daerah, Encik Sapdin Ibrahim kerana memberi kepercayaan kep...


Terima kasih kepada pihak Pejabat Daerah Pitas khususnya Tuan Pegawai Daerah, Encik Sapdin Ibrahim kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengacarakan Konsert Penutup Pesta Bengkoka dan Kaamatan 2011 yang diadakan di Pentas Terbuka Dataran Bengkoka, Pitas, 15 Mei 2011 (Ahad) yang bermula lebih kurang jam 8.00 malam.

Saya telah dimaklumkan mengenai perkara ini pada 12 Mei (Khamis) sewaktu saya berada di Matunggong untuk membuat liputan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Matunggong yang dirasmikan oleh Huguan Siau YB Tan Sri Pairin Kitingan di bawah pengurusan Tuan Jelani Hamdan (Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah - SAMORA).

Pada mulanya saya agak gentar juga sebab akan berhadapan dengan ribuan orang dan perlu berhati-hati kerana sebarang kesilapan terutamanya dari segi percakapan akan memberikan kesan kepada orang Pitas. 

Walau bagaimanapun, saya mahu membuktikan bahawa orang Pitas juga boleh menjadi pengacara konsert. Tambahan pula, saya sudah pernah mengacarakan konsert yang mana artis jemputannya adalah Stacy sewaktu Pesta Jagung di Dewan Komuniti Kota Marudu suatu masa dulu.

Setibanya malam konsert tersebut, saya terpaksa juga mengawal emosi 'sajuk' atau 'begagar' agar tidak mencacatkan acara malam itu yang dimulakan dengan 'happening' sekali. 

Saya memulakan pengacaraan dengan mencuba menghiburkan orang ramai dengan lagu 'Sandi Macam Saya'. Apa yang menjadi sedikit gangguan kepada saya apabila saya tidak mendapat susunan aturcara rasmi pada malam itu. 

Saya hanya menerima satu-persatu acara yang akan dijalankan seterusnya dari pihak penyelaras majlis. Dalam mengisi kekosongan, 'saya guring sajalaa...'.

Alhamdulillah, acara berjalan dengan lancar dan penonton boleh bertahan sehingga acara selesai. Di akhir acara, saya sangat terharu apabila sebahagian besar dari tetamu kehormat bersalam dengan saya dan menyatakan tahniah. 

Adakah saya sudah buat yang terbaik? Saya sendiri tidak pasti sebab saya rasa terlalu banyak kelemahan yang saya lakukan sebagai pengacara majlis.

Dalam hal pengacaraan ini, saya tidak pernah mengimpikan menjadi Saiful Apek apatah lagi menjadi Aznil Hj. Nawawi tapi sekadar dapat memberikan kepuasan kepada penonton dan tidak terlalu memperlekehkan saya di atas pentas. 

Setidak-tidaknya pada malam itu saya sudah memberikan sedikit sumbangan kecil tenaga untuk membantu daerah saya yang tercinta. Pitas, I Love You!.

Related

Stacy 8864661295992516592

Ikuti Saya


Selamat datang ke blog peribadi MJasni AShukri aka rumputt


PopularTerbaruKomen

Popular

Terbaru

Program Korban 2018

Persatuan Pendakwah Islam Sabah menganjurkan program korban dan menawarkan penyertaan kepada orang ramai untuk menyertai program dengan nilai RM550 untuk 1 bahagian.

Kewajiban Mengikuti Sunnah Rasulullah SAW

Penulis: Syaikh Shalih bin ‘Abdul Aziz Alu Syaikh hafizhohullah Diterjemahkan dari Penjelasan Hadis Arba’in No. 41 Oleh: Abu Fatah Amrullah Murojaah: Ustaz Abu Ukasyah Aris Munandar Kewajiban Me...

Kata pembakar semangat dan motivasi

Berikut adalah koleksi mutiara kata yang mungkin boleh membakar semangat dan motivasi dalam kehidupan. Ingatlah bahawa ada hikmah disebalik setiap dugaan bagi mereka yang berfikir. 1. Don’t pu...

Kisah Pilu Kerinduan Bilal Kepada Rasulullah SAW

Kerinduan Bilal Kepada Rasulullah Apakah Rasulullah Telah Dibangkitan? Tanya orang-orang yang mendengarkan Adzan Bilal. Setelah menonton video ini, tidakkah anda menangis? Bersedih? Bagaima...

Amalan Ringkas Tetapi Berpahala Besar

Segala puji bagi Allah dan selawat serta salam kita curahkan kepada nabi besar kita nabi Muhammad shallallohu ‘alihi wasallam yang telah menghantarkan kita dari zaman jahiliah menuju zaman yang ...

Komen

Anonymous:

Saya cuma nanya urutan zaman nabi nabi dari awal nabi Adam sampai Muhammad yang bisa diketahui, kalau ga tahu ya sudah.....

yadonvalko:

Hard Rock Hotel and Casino Philadelphia - DRMCDHard Rock 경상남도 출장안마 Hotel and Casino Philadelphia 안산 출장샵 · Experience one of Pennsylvania's premier casino resorts · The only Hard 삼척 출장마사지 Rock Hote...

Anonymous:

gembira apa nih ? hmp menjadi seorang istri memang harus menuruti banget kemauan seorang suami yaHerbal Obat

Anonymous:

kok artikel nya engga ada gan ?Obat Penyakit Sakit Pinggang

Text Widget

Syahdu Kalimah

item