DJR mahu ceriakan dunia hiburan Sabah
 
https://rumputthijau.blogspot.com/2011/11/joget-so-sweet-ni-akan-berada-di.html
Minatnya dalam dunia hiburan hanya bermula sebagai penyampai radio online pertama Sabah iaitu UtaraFM (UFM) dan kini beliau mula berkecimpung dalam bidang nyanyian.
Mohd Jasni Ahmad  Shukri atau lebih dikenali sebagai DJR bakal tampil  dengan single  beliau yang berunsurkan genre Humor Sabahan yang bertajuk  “Joget So  Sweet Ni” tidak lama lagi.
Lagu dan lirik “Joget So Sweet  Ni” telah dicipta oleh Komposer  terkenal Sabah iaitu Ramli Carlo atau  nama sebenar beliau Ramli Ahmad.   Ramli Carlo juga pernah mencipta lagu  bertajuk Adaa nyanyian Clarice  John Matha.
DJR merupakan  pengasas UFM yang berasal daripada  daerah Pitas  berkata, beliau telah  merakamkan lagu “Joget So Sweet Ni” disalah sebuah  studio terkemuka di  Kota Kinabalu.
“Syukur, segala proses rakaman telah  selesai dijalankan dan single  ini dijangka akan dipasarkan tidak lama  lagi bersama album kompilasi  artis tempatan sabah.
Katanya,  lagu berkenaan mempunyai jalan cerita yang agak menarik  apabila  seorang pemuda miskin yang sangat menyukai seorang gadis tetapi  malu  untuk bersuara.
“Melalui lagu ini pemuda tersebut  berterus-terang dengan ibu gadis  berkenaan dengan menyanyikan lagu ini  dengan cara tersendiri,”Katanya  ketika ditemui selepas mengadakan  rakaman lagu itu.
DJR ketika ditanya perasaan mengenai perasaannya bakal menjadi artis, beliau menyatakan tidak mahu digelar artis.
“Saya  tidak berhasrat untuk digelar artis, namun bagi saya cukuplah  setakat  digelar penghibur yang dapat memberikan hiburan untuk  menceriakan dunia  muzik sabah,” katanya lagi.
Lagu “Joget So Sweet Ni” kini  telah menjadi kegemaran pendengar  apabila kerap menjadi permintaan  pendengar radio KKFM sebuah radio  kampus Universiti Malaysia Sabah  (UMS) melalui frekuensi 91.1mhz.
Selain daripada menjadi  penyampai radio online dan juga menyanyi, DJR  juga berbakat dalam  bidang pengacaraan apabila pernah mengacarakan  beberapa konsert besar  seperti Konsert Budaya 1Malaysia dan Konsert  Penutupan Pesta Jagung di  Kota Marudu serta Konsert Penutupan Pesta  Bengkoka selain menjadi  pengacara untuk beberapa siri karnival di  Bongawan, Papar dan Membakut  bersama Petronas.



 
 
 
 
 
 
 
