Datuk berjiwa hamba
Santai di salah sebuah restoran di Indah Permai, Sepanggar bersama Aldusuni, Mohd. Yusuf dan Em Mat Berkenalan dengan seorang y...
https://rumputthijau.blogspot.com/2012/06/datuk-berjiwa-hamba.html
Santai di salah sebuah restoran di Indah Permai, Sepanggar bersama Aldusuni, Mohd. Yusuf dan Em Mat
Berkenalan dengan seorang yang bergelar Datuk bukan semudah berkenalan dengan orang biasa-biasa sebab sudah sedia maklum bahawa mereka ini adalah individu berprofil tinggi. Tapi tidak bagi Datuk Abd. Latif Kandok yang pernah menjulang nama daerah Kinabatangan ketika menjadi Pegawai Daerah di daerah tersebut. Datuk ini juga kini merupakan Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dan sebagai Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia (Kimaragang).
Datuk yang saya kenali ini seorang yang berjiwa rakyat, mudah didekati dan mudah mendengar luahan/rintihan pelanggannya. Apa yang paling hebat saya lihat ialah Datuk ini berfikiran seiring dengan perkembangan semasa walaupun usianya lebih separuh abad dan ini jarang terpancar dari pemikiran seorang yang berada pada tahap usia tersebut.
Satu perkara lagi ialah Datuk ini seorang yang 'low profile' dan dapat menyeimbangkan cara pergaulannya mengikut tingkat.