Sejarah Kemunculan Cahaya FM

Logo Cahaya FM yang direkabentuk oleh Tuan Fadzlie Baharun Cahaya FM merupakan radio online Islam pertama di Sabah. Kewujudan Cahaya...

Logo Cahaya FM yang direkabentuk oleh Tuan Fadzlie Baharun

Cahaya FM merupakan radio online Islam pertama di Sabah. Kewujudan Cahaya FM sangat berkaitan dengan perkembangan Utara FM iaitu radio online pertama di Sabah.

Perjumpaan Persefahaman

Ketika Utara FM masih disebut Ponet FM, salah seorang penulis blog popular Kota Marudu iaitu Suara Anak Marudu menceritakan bahawa beliau sangat teruja apabila pada satu malam mendengar suara orang di blog tersebut iaitu penyampai Ponet FM yang kebetulannya pada ketika itu ialah DJ rumputt iaitu saya sendiri.



Atas keterujaan tersebut, beliau segera mencari puncanya yang akhirnya dapat berhubung buat pertama kali melalui ‘chat’ di forum Ponet (Pitas Online Dot Net) dan terus membuat temu janji pertemuan pengerat persefahaman dan persahabatan di Dataran Bengkoka, Pitas.

Pada pertemuan pertama itu saya bersama beberapa rakan Ponet menyambut kedatangan tetamu rakan blogger dari daerah  jiran iaitu Suara Anak Marudu (SAM) iaitu tuan Androd Sadian (Sanguru) sebagai Ketua SAM dan pastinya perancang pertemuan ini yang saya kenali sebagai Aldusuni atau nama lainnya Lebon Botong.



Bermula dari hari itulah saya menjadi akrab dengan Aldusuni malah selalu berjumpa berbincang dan merancang perkara-perkara yang berkaitan. Perjumpaan pada hari itu juga menjadi titik tolak kesepaduan dua komuniti dari Pitas dan Kota Marudu yang telah mengubah sejarah Ponet FM kepada Utara FM.

Segmen Dunia Nasyid Anda

Kelangsungan persefahaman ini menambah baik prestasi Utara FM bilamana beberapa orang penulis SAM menjadi penyampai di Utara FM dengan menampilkan segmen pilihan sendiri.


Antara yang mengambil bahagian dalam sesi penyampaian itu ialah Aldusuni dengan segmen yang dinamakan 'Dunia Nasyid Anda'. Sebagai pengasas kepada Utara FM saya sangat teruja dengan segmen itu kerana walaupun siarannya dari jam 4 petang hingga 6 petang tetapi ramai yang menunggu khususnya mereka yang ingin mendengar celoteh ilmu dari beliau disamping mendengar lagu nasyid.


"Pada suatu hari, beliau pernah menyuarakan secara selamba kepada saya untuk mengadakan radio online khas Islam di Sabah. Walau bagaimanapun, perbincangan kami terputus oleh hal-hal lain yang pada kami lebih utama untuk diperhalusi pada masa itu."

Menyerahkan Kepada Yang Hak

Logo asal Cahaya FM
Idea Aldusuni berkaitan radio online Islam ini sebenarnya tidak pudar dari fikiran saya sehinggalah pada satu hari dalam tahun 2010 ketika saya tinggal di Kudat menemani isteri saya bertugas, tiba-tiba pada satu malam ada gerakan di hati untuk membuat radio online Islam dan ingin menghadiahkan kepada Aldusuni sebagai alternatif medium dakwahnya di alam maya yang telahpun diusahakannya secara realiti lebih 15 tahun yang lalu.

Pada awalnya saya ingin menamakan radio online Islam ini dengan nama Syafaat FM tetapi tidak dipersetujui oleh isteri saya dan memberikan cadangan nama Cahaya FM. Berdasarkan kepada bincang santai saya sebelum ini dengan Aldusuni, nama Cahaya FM ada tersentuh secara tidak langsung dan saya tertarik dengan nama ini. Pada malam itu juga saya denga sedaya upaya mewujudkan blog dan fan page facebook bagi tujuan promosi dan siaran di internet yang kemudiannya menggunakan domain cahayafm.net.

Untuk menghasilkan radio online, keperluan pertama ialah server. Server yang baik perlukan bayaran. Isteri saya membenarkan saya menggunakan duit simpanan yang cukup-cukup pada masa itu untuk melanggan server dan domain bagi mengaktifkan Cahaya FM secepat mungkin.

Aldusuni

Setelah semuanya telah siap, pada satu malam, 9 April 2010 saya secara rasmi telah memberitahu kepada Aldusuni melalui Skype mengenai radio online ini dan menghadiahkan kepadanya sebagai sokongan kepada ideanya untuk membuat radio online Islam. Melalui chat kami pada malam itu, ternyata Aldusuni menganggapkannya sebagai satu tanggungjawab baru dalam usaha dakwah di Sabah melalui internet. Pada malam itu juga setelah diperhalusi dicatatkan 'tag line' Cahaya FM idea Aldusuni iaitu DEMI MASA : SHOUTUL ISLAM.

Penyampai Cahaya FM

Bermula dari hari itu Cahaya FM telah mula berkembang dengan pesat sehingga menjadi perhatian agensi-agensi Islam bukan sahaja di Sabah tetapi di Malaysia apabila Aldusuni dipanggil menjadi salah seorang panel pencetus dakwah maya Kebangsaan oleh salah satu pertubuhan Islam yang tersohor di Malaysia iaitu PERKIM dipengerusikan oleh YABerbhg. Tun Dr. Mahathir Mohammad.


Penyampai pertama Cahaya FM

Saya masih ingat pergerakan awal radio ini yang dipelopori sendirian oleh Aldusuni dengan pelbagai onak dan duri sehingga kehadiran penyampai pertama Cahaya FM iaitu Puan Nurhayati Musa dari Keningau. Kemudian muncul lagi beberapa penyampai seperti DJ Al-Haqiem (Ranau), DJ Miftah (Singapura) dan ramai lagi.

Cahaya FM diasaskan pencetusannya oleh Nazri Aldusuni dan saya membantu untuk merealisasikan idea beliau. Saya tidak terlibat secara langsung dalam urus tadbir radio online ini tetapi bertindak sebagai pembantu bahagian teknikal di belakang tabir.

Mudah-mudahan Cahaya FM akan menjadi salah satu medium dakwah yang dapat menganjak para pendakwah khususnya agensi Islam di Sabah agar lebih agresif mengejar teknologi semasa dan bersaing dengan pendakyah.

Related

Hasil Kerja 5460112363747267593

Post a Comment

emo-but-icon

Ikuti Saya


Selamat datang ke blog peribadi MJasni AShukri aka rumputt


Popular

Terbaru

Komen

Text Widget

Syahdu Kalimah

item