Analisis Keputusan PRU 13, N. 3 Pitas

https://rumputthijau.blogspot.com/2013/05/analisis-keputusan-pru-13-n-3-pitas.html
N. 3 Pitas adalah kawasan Dewan Undangan Negeri yang termasuk dalam Parlimen Kudat. Dalam PRU 12, Datuk Bolkiah Ismail yang mewakili Barisan Nasional (BN) atas tiket UMNO telah mendapat mandat tertinggi dalam sejarah majoriti kawasan ini dengan kelebihan 3,848 undi dengan peratusan mengundi 68.99% atau 8,198 pengundi yang turun mengundi walaupun berhadapan dengan 3 pencabar yang lain iaitu Paulus Itam @ Paul Tom (PKR), Jolly Majalap @ Lucundus Harry (Bebas) dan Yussof Matarang (PASOK).
PRU 13 memperlihatkan sekali lagi kemampuan Bolkiah meraih undi rakyat Pitas apabila mendapat majoriti 3,823 mengalahkan 4 pencabarnya iaitu Dausieh Binti Queck @ Paraman dari Pakatan Rakyat atas tiket PAS, Maklin Masiau (STAR), Awang Latip Bin Abdul Salam (KITA) dan Johanes @ Onis Bin Piut (SAPP).
Pertambahan sebanyak 3,547 pengundi turun melaksanakan tanggungjawab membuktikan sudah ada kesedaran rakyat Pitas untuk menjadi penentu wakil rakyat kawasan ini.
Jika dilihat dari peratus majoriti berdasarkan jumlah yang turun mengundi, pada PRU 12, Bolkiah mencatat majoriti 46% manakala untuk PRU 13 ini hanya 32% yakini penurunan 14%.
PRU 13 telah memperlihatkan 3 calon kehilangan deposit iaitu calon dari PAS, KITA dan SAPP.
Walaupun gelombang kebangkitan bergelora di Pitas tapi ianya masih belum mampu meranapkan pertahanan BN. Tahniah! kepada Datuk Bolkiah Hj. Ismail atas kemenangan ini.
Sebagai salah seorang rakyat Pitas, saya berharap Datuk Bolkiah dapat diberikan portfolio sebagai menteri penuh untuk memastikan beliau mampu merubah Pitas dan tidak lagi dilabel sebagai antara daerah paling miskin di Malaysia.