[Inspirasi] Jonathan Elvidge - The Gadget Shop

Nama : Jonathan Elvidge Warganegara : England Umur : 27 tahun apabila beliau membuka The Gadget Shop di Hull, England 1991. Idea ...

Nama : Jonathan Elvidge
Warganegara : England
Umur : 27 tahun apabila beliau membuka The Gadget Shop di Hull, England 1991.

Idea Jutawan : Kedai dipenuhi dengan gadget (perkakas) pelik seperti topeng mahluk asing, lampu lava dan googles pandangan malam.

Modal mula : Jonathan membuat sedikit wang dengan menjual rumahnya tetapi beliau memerlukan $20,000.

Beliau meminjam dengan bank melalui skim usahawan.

Bagaimana idea digerakkan : Menyewa satu unit kedai di pusat membeli belah di Hull.

Jualan : Bermula dengan hanya satu kedai di Hull. Menjalin kerjasama dengan AndrewHobbs, yang membeli separuh asset syarikat beliau.

Pada akhir tahun pertama, mereka mempunyai 3 buah kedai. Hari ini, 31 cawangan seluruh England. Produk menjadi kegilaan ialah lampu lava.

Pendapatan : Empayar bisnes beliau kini berjumlah lebih $50 juta.

Apabila Jonathan Elvidge diberhentikan kerja oleh majikannya di sebuah syarikat telefon di Hull, beliau membuat keputusan untuk membuka bisnes sendiri.

Kegemaran beliau pada gadget dan rancangan TV the Fall and Rise of Reginald Perrin, memberikan satu idea buat duit kepada beliau.

Satu hari beliau hendak membelikan kawannya hadiah hari jadi, tetapi kerana kekurangan pilihan membuatkannya nekad untuk membuka kedai gadgetnya sendiri.

Beliau membuat kajian produk dan setelah berjaya meminjam $20,000 daripada bank beliau menyewa sebuah unit kedai dipasaraya Hull. Pada hari pertama membuka kedainya, hanya beliau, seorang kawan dan penjaga bayi yang melayan pelanggan.

Oleh kerana Jonathan tidak tahu untuk berunding, beliau telah bersetuju untuk menyewa unit kedai tersebut pada harga yang agak mahal $30,000 setahun.

Ini menyebabkan beliau hanya dapat pulangan modal walaupun bekerja 60 jam seminggu. Beliau mahu membuka lebih banyak kedai tetapi modalnya tidak cukup.

Andrew Hobbs, orang yang bertugas menyewakan unit kedai tersebut mahu menjalin kerjasama.

Jonathan bersetuju dan pada akhir tahun pertama mereka telah membuka dua buah lagi kedai. Jonathan menghabiskan banyak masanya menjelajah ke pesta perdagangan untuk mencari produk.

Jonathan telah bertukar daripada seorang operator menjadi jutawan dengan nilai asetnya mencecah $50 juta!

Sumber

Related

tokoh keusahawanan 4638706902460994767

Ikuti Saya


Selamat datang ke blog peribadi MJasni AShukri aka rumputt


Popular

Terbaru

Komen

Text Widget

Syahdu Kalimah

item