Saya menerima artikel ini melalui email dan ianya sangat memberikan inspirasi. Apabila kita suka atau minat dengan sesuatu perkara, k...
Saya menerima artikel ini melalui email dan ianya sangat memberikan inspirasi.
Apabila kita suka atau minat dengan sesuatu perkara, kita akan ghairah untuk melakukannya walau pun ia tidak memberi keuntungan pada kita dari segi kewangan. Apa yang kita kejar hanya kepuasan.
Namun jika minat kita itu boleh membuat keuntungan dari segi kewangan maka tidak salah mencubanya. Selain kepuasan kita juga akan dapat keuntungan. Walaupun ia tidak menjadikan kita kaya namun kita puas dengan apa yang kita buat dan dalam masa saya kita dapat menambah sikit pendapatan.
Sebagai contoh mudah kita ada hobi mengambil gambar menggunakan kamera DSLR, maka tidak salah jika kita mengambil gambar yang boleh kita jana pendapatan darinya seperti mengambil gambar pertunangan atau perkahwinan. Namun apa yang penting sebelum memulakan langkah menjadikan minat sebagai pendapatan kita perlu tahu strategi yang betul:
- Perlu yakin dengan bakat dan kebolehan yang dimiliki
- Perlu banyak membaca atau menghadiri seminar untuk menambah kemahiran
- Perlu belajar asas cara perniagaan yang betul (pemasaran dan kewangan)
- Perlu buat networking dengan mereka yang mempunyai minat yang sama
- Tidak mudah putus asa dan ikhlas dengan apa yang kita lakukan
Perlu ingat bahawa untuk menukarkan minat kepada pendapatan bukan perkara yang mudah. Kita juga tidak boleh tamak dan mudah putus asa. Perlu ikhlas dan jujur dalam proses menukarkan minat pada pendapatan.
Namun apa yang penting kita jana pendapatan dengan minat, jadi jika kita gagal atau berjaya kita tetap puas dengan apa yang kita lakukan sebab ia adalah minat kita bukan kita terpaksa buat. Ingat pesanan saya itu.
Diharap strategi ringkas ini dapat memberi sedikit maklumat pada rumputt.
Terima kasih kepada saudara Suhaimi Zohor atas info ini.
Anonymous:
Saya cuma nanya urutan zaman nabi nabi dari awal nabi Adam sampai Muhammad yang bisa diketahui, kalau ga tahu ya sudah.....
yadonvalko:
Hard Rock Hotel and Casino Philadelphia - DRMCDHard Rock 경상남도 출장안마 Hotel and Casino Philadelphia 안산 출장샵 · Experience one of Pennsylvania's premier casino resorts · The only Hard 삼척 출장마사지 Rock Hote...
Editor:
sepatutnya...ya
Anonymous:
gembira apa nih ? hmp menjadi seorang istri memang harus menuruti banget kemauan seorang suami yaHerbal Obat
Anonymous:
kok artikel nya engga ada gan ?Obat Penyakit Sakit Pinggang