Hakikat Kematian
https://rumputthijau.blogspot.com/2014/08/hakikat-kematian.html
Rasulullah S.A.W bersabda, "Janganlah setiap kamu meminta kematian sebelum ajal menjemputmu kerana apabila setiap seorang kamu meninggal dunia maka amal kebaikanmu akan terputus sedangkan tujuan Allah memanjangkan usia seorang mukmin adalah menambah kebaikan mukmin itu sendiri." - HR Al-Bukhari
Kematian bukan hanya lenyapnya seseorang dan tidak ada lagi kejadian selepas itu tetapi terpisahnya roh dengan badan kemudian berpindah suatu keadaan kepada keadaan yang lain dari satu tempat ke tempat yang lain.
Kematian merupakan satu musibah besar berdasarkan firman Allah S.W.T,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا شَهَادَةُ بَيْنِكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ حِينَ الْوَصِيَّةِ اثْنَانِ ذَوَا عَدْلٍ مِّنكُمْ أَوْ آخَرَانِ مِنْ غَيْرِكُمْ إِنْ أَنتُمْ ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَأَصَابَتْكُم مُّصِيبَةُ الْمَوْتِ ۚ تَحْبِسُونَهُمَا مِن بَعْدِ الصَّلَاةِ فَيُقْسِمَانِ بِاللَّهِ إِنِ ارْتَبْتُمْ لَا نَشْتَرِي بِهِ ثَمَنًا وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَىٰ ۙ وَلَا نَكْتُمُ شَهَادَةَ اللَّهِ إِنَّا إِذًا لَّمِنَ الْآثِمِينَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang di antara kamu hampir mati, ketika (ia mahu) berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang lain (yang bukan seugama) dengan kamu, jika kamu dalam pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang membawa maut. Kalau kamu ragu-ragu tentang kejujuran kedua saksi itu, hendaklah) kamu tahan mereka sesudah selesai sembahyang, kemudian mereka (disuruh) bersumpah dengan nama Allah (dengan berkata: "Demi Allah) kami tidak akan menjual sumpah kami untuk mendapat sesuatu harta benda, walaupun orang itu dari kaum kerabat, dan kami tidak menyembunyikan (keterangan yang kami ketahui) sebagai saksi (sebagaimana yang diperintahkan oleh) Allah, (kerana jika kami menyembunyikannya) tentulah kami dengan itu termasuk dalam golongan orang-orang yang berdosa". - Al-Ma'idah (5) ayat 106
Hal yang paling dahysat seperti kata para ulama ialah lalai dalam menghadapi kematian, berpaling dan hanya sedikit mengingati mati serta meninggalkan amal soleh yang merupakan bekalan setelah mati.