Tentang Saya

Assalamuallaikum dan salam hormat kepada semua pengunjung blog ini.

MJasni AShukri
MJasni AShukri

Salam Perkenalan Dari Saya


Saya berasal dari daerah Pitas, Sabah, Malaysia. Saya urang Sabah bah!. Pendidikan awal di SK. Pinggan-Pinggan, Pitas kemudian berpindah ke SK Sikuati, Kudat. Mendapat pendidikan menengah rendah di SMK Pekan, Kudat dan kemudiannya memasuki sekolah vokasional dalam bidang Pengurusan Perniagaan di SM Vokasional, Kudat. Di sekolah inilah minat terhadap IT bermula kerana salah satu mata pelajaran yang dipelajari ialah Asas Pemprosesan Maklumat. 

Selepas itu, melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam di SMK Kota Marudu dan seterusnya memasuki Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu pada tahun 1994. Mula bertugas sebagai guru terlatih pada tahun 1997 di Telupid dan berpindah ke Kinabatangan. Atas sebab tertentu, berpindah pula ke Selangor kemudian kembali ke daerah asal yang juga merupakan sekolah tempat belajar pertama dulu iaitu SK Pinggan-Pinggan, Pitas. Mengajar di sekolah ini sehingga tahun 2009 kemudian berhenti dan kini menjalankan kerja-kerja IT secara persendirian.

Perkembangan Pengalaman

Mula masuk ke dalam dunia internet sejak tahun 1995 ketika siber kafe pertama Sabah dibuka di Sabah iaitu Jesselton Cyber Café di kawasan Gaya Street, Kota Kinabalu. Dalam tempoh sehingga kini terdapat banyak pengalaman dan beberapa pencapaian khususnya dalam bidang IT seperti
  • Johan Web Courseware Design and Development (WCDD) Peringkat Negeri Sabah 2007
  • Anugerah Inovasi ICT Daerah Pitas pada tahun 2009.
  • Pengasas radio internet pertama Sabah iaitu Utara FM yang telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Rumah Rehat Ranau pada 25 Julai 2009.
  • Bertanggungjawab mewujudkan komuniti 1SABAH iaitu antara fan page Sabah paling banyak folllowers. Komuniti ini adalah kesinambungan dari komuniti forum berasaskan Pitas Online yang telah mula diwujudkan pada awal tahun 2006 lagi.
Pembangunan Website

Dalam bidang pembangunan website pula, saya telah menghasilkan lebih 100 website/blog sama ada peribadi atau untuk pelanggan. Kebanyakan website ini menggunakan CMS Joomla! sejak tahun 2006 lagi. 

Website berasaskan Joomla! pertama yang dihasilkan ialah portal SK Pinggan-Pinggan, Pitas pada pertengahan tahun 2006. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah apabila dipertanggungjawabkan untuk membangunkan beberapa website berprofil tinggi iaitu
  • Kelab penyokong bola sepak Sabah iaitu Sabahawks Fan Club yang mana website ini telah dilancarkan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, Ketua Menteri Sabah yang juga merupakan Presiden Sabah Football Association (SAFA) pada ketika itu.
  • Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA).
  • Portal rasmi Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman (Halatuju)
  • Portal rasmi Sabah Football Association (SAFA)
Mencipta inovasi perisian website jualan perniagaan profesional yang dinamakan WebJPro

Dr. Zhamriee menyampaikan
sijil pengiktirafan
Perisian ini mendapat pengiktirafan dari Dr. Zhamriee Gulam Rasul, Pakar Industri Negara yang juga Pengarah Eksekutif Institut Usahawan Muda (Malaysia).

Mencetuskan kelab rekreasi internet yang pertama di Malaysia iaitu Kelab Rekreasi Internet Sabah yang berkonsepkan 'satu pusat, banyak stesen'. MyKrisa adalah komuniti yang dibangunkan melalui kelab ini. Walau bagaimanapun, pada masa ini masih dalam perancangan untuk pelaksanaan. Pelbagai pelan dan rancangan sedang saya susun pada masa ini untuk cuba mewujudkan satu kelainan.

Saya dan Islam

Dalam hal yang berkaitan dengan Islam, saya merupakan antara yang mencetuskan Persatuan Pendakwah Islam Sabah bersama dengan Nazri Abdullah dan merupakan Setiausaha dalam persatuan tersebut. Dalam usaha membantu pengembangan Islam, saya memanjangkan idea dakwah kreatif melalui platform Dakwah Maya dengan bantuan pemikiran saudara Nazri dan nasihat/pandangan dari Ustaz Abdul Halim Abas.


MJasni AShukri
Founder

Ikuti Saya


Selamat datang ke blog peribadi MJasni AShukri aka rumputt


Popular

Terbaru

Komen

Text Widget

Syahdu Kalimah

static_page