Cerita di sebalik Sandi Macam Saya

Saya rasa sampai sudah masanya saya menceritakan cerita di sebalik lagu Sandi Macam Saya ini sebab viewers video ni di Youtube se...



Saya rasa sampai sudah masanya saya menceritakan cerita di sebalik lagu Sandi Macam Saya ini sebab viewers video ni di Youtube setakat ini sudah melebihi 28,000.

**[Update Terkini] Pada 26/4/2014 viewer video ini telah mencecah 318,669

Begini bah ceritanya,

Ada satu malam tu beberapa orang DJ di Utara.FM sedang berchat melalui Skype dan yang paling aktif pada masa tu ialah Aldusuni dan DJ Lugu. 

DJ Lugu ni pulak sedang sibuk merakam dengan menyanyikan semula lagu Tanak Kampung nyanyian Jimmy Palikat. 

Kebetulan DJ Lugu ni adalah staff di Urban Storm Sdn. Bhd. yang juga merupakan penerbit untuk album Tanak Kampung ni. 

Selepas selesai merakam, seperti biasa saling hantar-menghantar hasil rakaman untuk diperdengarkan kepada kawan-kawan. 

Selepas saya dengar rakamannya, saya pun macam mau rakam juga untuk balasan la kunun tapi memandangkan suara saya tidak sedap jadi saya tidak rakam versi original tapi saya cuba ubah lirik Dusun tersebut kepada Melayu menggunakan bahasa yang biasa kami gunakan di tempat saya (kawasan utara Sabah). 

Fikiran saya pada masa tu, saja ja main-main. Saya ini jarang mengubah-ubah jika lagu itu tidak sedap di dengar tapi lagu Tanak Kampung ni memang best sangat jadi idea tu cepat saja datang. 

Fikir punya fikir, saya tulis lirik Melayu untuk lagu ini walaupun tidak menggambarkan terjemahan tepat sepenuhnya untuk versi asal tapi saya yakin lebih 80% juga lah ngam.

Lepas tu, saya rakam guna headpon sahaja tu (nasib baik ada sikit-sikit kemahiran dalam rekod suara). Sayapun hantar lagu tu kepada DJ LUGU dan Aldusuni pada masa itu. 

Uikkk! macam kesiukan pulak dorang dengar. Dalam hati saya, mahu test dulu kawan-kawan yang lain macamana respon dorang. 

Pada malam itu juga saya telah upload di Youtube dan Facebook. Memang respon yang memberangsangkan sebab daripada komen-komen dorang tu dorang suka lirik terjemahan saya. 

Mungkin sebab lirik itu agak keSabahan dan sedikit lawak. Dalam tempoh kurang 24 jam, komen video di facebook hampir kepada ratus dan viewer di Youtube hampir 400. Saya tidak sangka pulak boleh jadi macam tu.

Keesokan harinya, saya telah mendapat mesej melalui inbox facebook dari Jimmy Palikat yang mana dia mahu supaya saya padam video di facebook dan youtube. 

Tanpa berfikir panjang, saya terus sahaja padam sebab saya faham bahawa itu adalah hasil karyanya dan secara langsung saya telah menganggu hasil kerja tersebut. 

Lagipun saya buat itu bukan tujuan komersil tapi atas dasar suka-suka sahaja.

Walau bagaimanapun, saya mendapat inbox lagi dari Jimmy Palikat yang meminta MP3 lagu rakaman itu dan liriknya. 

Saya sangat terkejut pada masa itu sebab saya beranggapan bahawa jika saya beri, dia akan mempergunakannya nanti sebagai bukti untuk menyaman saya. 

Tapi Jimmy telah menjelaskan bahawa sebenarnya dia sudah lama mahu menterjemahkan tapi belum ada idea dan kesempatan dan dia mahu menggunakan lirik tersebut untuk rakaman semula dalam versi Melayu. 

Saya masih lagi berfikir tapi selepas mendapat pendapat dari DJ LUGU, saya pun menghantarkan MP3 ke email Jimmy dan lirik tersebut ke inbox facebook Jimmy pada Fri, Aug 13, 2010 at 1:10 PM.


Tidak lama selepas itu, saya diberitahu oleh DJ LUGU bahawa Jimmy sudah selesai rakaman untuk lagu versi Melayu yang diberi tajuk Anak Kampung. 

Saya dengar rakaman tersebut dan hampir 80% daripadanya adalah dari lirik yang saya bikin. 

Beberapa perkataan yang lain diubah kepada bahasa yang lebih formal mungkin ikut kesesuaian dan naluri Jimmy sendiri. Dan bermulalah sudah evolusi populariti Anak Kampung.

Video di atas adalah versi original lirik Anak Kampung yang mana untuk versi asal ini saya berikan tajuk Sandi Macam Saya.

Dalam pada evolusi Anak Kampung, versi Sandi Macam Saya juga menjadi sebutan tanpa saya sedari.

Saya cuba menguji sekali lagi Sandi Macam Saya ini denga mengupload semula ke Youtube (kali ini saya tidak terlalu risau sebab lirik ini telah digunapakai oleh Jimmy sendiri). 

Dalam tempoh lebih kurang 3 bulan, video ini telah dilihat lebih dari 28 ribu kali. Wah! hebat juga lagu ni dengan lirik Sandi Macam Saya.

Kepada anda yang sudah pernah dengar versi Sandi Macam Saya, saya galakkan anda untuk membeli album original Jimmy Palikat - Tanak Kampung. Memang sangat best lagu tu!

Updated ------>

Saya buat artikel ni pada Friday at 3:35am untuk mendapatkan respon sendiri dari DJ Lugu a.k.a Illie Jaymon dan Jimmy Palikat

Inilah hasilnya...


Dikemaskini pada 1/5/2011

Saya cuba taip di google perkataan Sandi Macam Saya dan saya telah menemui beberapa blog yang menulis berkaitan dengan lagu ini.

Di sini saya senaraikan blog-blog tersebut. Terima kasih saya ucapkan.


Update blog 24/5/2014

1. http://namapenuh.blogspot.com/2011/05/sandi-macam-saya-lirik-asal-lagu-anak.html
2. http://latitudvslongitud.blogspot.com/2012/02/sandi-macam-saya.html
3. http://www.penangfm.com.my/sandi-macam-saya-original-version/
4. http://bicaraseni.blogspot.com/2012/04/sandi-macam-saya-lirik-asal-lagu-anak.html
5. http://akunamajerul.blogspot.com/2010/10/sandi-macam-saya.html
6. http://intanbeckham.blogspot.com/2011/08/sandi-macam-saya_15.html
7. http://djkupang.blogspot.com/2014/05/lirik-asal-tanak-kampung.html
8. http://dewanterd.blogspot.com/2011/03/sandi-macam-saya-lirik-asal-lagu-anak.html
9. http://mohamadsaifulamin.blogspot.com/2011/02/sandi-macam-saya.html
10. http://www.sumandak.com/port/2011/10/odoi-dogo-jimmy-palikat-tanak-kampung/

Ini adalah lagu yang pernah saya upload dulu di facebook yang telah di download oleh rakan ini dan diuploadkan semula ke page facebooknya.

Enjoy! http://www.facebook.com/video/video.php?v=164080486979174

Klu kamurang tinguk  video klip Anak Kampung (Melayu) ada tertulis nama DJ Rumput walapun ejaan tidak tepat ;)


Klik sini untuk lihat videonya.

Related

Utara.FM 1669179087953505325

Post a Comment

emo-but-icon

Ikuti Saya


Selamat datang ke blog peribadi MJasni AShukri aka rumputt


Popular

Terbaru

Komen

Text Widget

Syahdu Kalimah

item