Kenangan bersama Pak Lah dan Sejarah Utara.FM

Dalam memperjuangkan radio online, kenangan sepanjang zaman saya apabila radio online Utara.FM dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Ma...

Dalam memperjuangkan radio online, kenangan sepanjang zaman saya apabila radio online Utara.FM dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Rest House Lohan, Ranau pada 25 Julai 2009.

Utara.FM
Logo Utara FM
Nama DJ rumputt tercipta selepas terbinanya radio online berkomuniti pertama di Sabah iaitu PONET.fm yang dibina pada akhir tahun 2008. 

Selepas beberapa ketika, radio ini telah dinaiktaraf menjadi Utara.FM dan telah dilancarkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 pada 25 Julai 2009 di Rest House Lohan, Ranau sebagai radio rasmi Gabungan NGO Sabah. 

Radio ini boleh didengar menggunakan frekunsi internet di http://www.utarafm.net. 

Pak Lah melancarkan Utara FM
Kini radio ini beroperasi 24 jam dan mempunyai seramai 13 orang penyampai sukarela iaitu DJ Aldusuni (Ranau), DJ PP (Pulau Pinang), DJ LUGU (Jepun), DJ mka (Kota Marudu), DJ siiputt (Pitas), DJ NONG (Kota Marudu), DJ AKU (Melaka), DJ TT (Melaka), DJ LM ( Kuala Lumpur), DJ kupang (Kota Kinabalu), DJ Tompinai (Kota Marudu) dan DJ Batman (Tandek). 

Pada masa ini konti utama sementara Utara.FM terletak di Kg. Pinggan-Pinggan, Pitas yang dinamakan Gerai PONET. Tagline bagi Utara.FM ialah ‘Macam biasa juga bah…’. 

Radio ini adalah radio rasmi untuk portal Sabahan iaitu 1SABAH.NET.

Antara aktiviti-aktiviti Utara.FM ialah,

  • Program 48 jam bersama pemimpin, usahawan, artis, karyawan dan tokoh, Kota Marudu.
  • Pelancaran Bulan Kemerdekaan di SMK. Tandek, Kota Marudu
  • Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah di Ranau.
  • Pesta Kubis, Kundasang
  • Pesta Durian, Ranau.
  • Mini Konsert Felix Agus & Friends, Kota Marudu
  • Pertandingan Auto Show, Kota Marudu
  • Temubual dengan YB Datuk Hj. Musbah Hj. Jamli, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah merangkap ADUN N. 6 Tempasuk
  • Temubual dengan YB Puan Anita Baranting, ADUN N. 5 Tandek
  • Temubual dengan Encik Mohd. Fazli @ Wetrom Bahanda, Ketua Bahagian UMNO Bahagian Kota Marudu.
  • Pelancaran Album Artis Kumpulan W.O.R.M di Shenanigan’s, Hyatt Regency Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.
  • Temubual dengan Nash (Vokalis Kumpulan Lefthanded)
  • Program Gaya Hidup Sihat, Pitas
  • Pelancaran Pesta Jagung, Kota Marudu.

Rumputt sebagai DJ di Utara.FM

Mensyukuri nikmat yang
diberikanNya
Terlalu banyak Kenangan yang dilalui semenjak menubuhkan radio online ini. 

Kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila mendapat peluang menemuramah bekas pemimpin No. 1 Malaysia iaitu Pak Lah sewaktu pelancaran Utara.FM. 

Antara artis yang telah ditemuramah ialah 
  • Nash (Lefthanded), 
  • Nazrey Johani (Raihan), 
  • Ridah, 
  • Kumpulan W.O.R.M, 
  • S. Welly, Dyan
  • Amie Joba. 
Selain itu, saya juga pernah menemuramah beberapa orang ahli politik iaitu
  • YB Puan Anita Baranting (ADUN N. 5 Tandek), 
  • Encik Wetrom Bahanda (Ketua Bahagian UMNO Kota Marudu). 
  • Encik Webley (Setiausaha Pemuda PBS Negeri). 
Saya juga menerima jemputan untuk menyiarkan beberapa acara peringkat negreri secara langsung di internet seperti Pesta Kubis, Pesta Durian, Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan dan yang terkini ialah Pesta Jagung.

Related

Utara FM 499863511484425780

Post a Comment

emo-but-icon

Ikuti Saya


Selamat datang ke blog peribadi MJasni AShukri aka rumputt


Popular

Terbaru

Komen

Text Widget

Syahdu Kalimah

item