Aku dan Sabahawks Fan Club
Dalam bulan Januari tahun ini, saya telah dipanggil oleh rakan lama sewaktu di maktab dulu iaitu Mohd. Joh Hj. Wid yang juga merupakan Ketua...

Sandi sebab masa terlalu suntuk dan pelancarnya juga adalah orang No. 1 Sabah. Dengan apa alasan sekalipun, web tersebut mesti yang terbaik. Tapi bagaimana untuk menyiapkannya dalam tempoh yang terlalu singkat? Penyelesaiannya ialah terpaksa kerja overtime laa. Malam hari Isnin itu saya terus balik ke kampung di Kg. Salimpodon Laut, Pitas dan sampai sahaja saya terus mula membuat dengan mempergunakan kemahiran sedia ada. Saya menghadapi masalah apabila sampai ke tahap pengisian kandungan web dan imej sesuai. Saya berhenti di situ untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kemahuan Joh dan mendapatkan bahan-bahan untuk web tersebut. Hari-hari seterusnya, saya terpaksa berhubung denga Joh tidak kira waktu siang atau malam, petang atau subuh. Memang sandi ini keadaan. Tekanan kuat ialah mesti buat yang terbaik bukan sahaja untuk SAFA tetapi imej Sabah itu sendiri.
Dipendekkan cerita, maka selesailah kerja pembikinan web tersebut seperti yang ada sekarang. Saya kini menjadi salah seorang admin web dan facebook rasmi kelab. Terima kasih kepada Joh kerana beri saya kepercayaan dalam mengemudi IT kelab ini.