Biniku belajar buat favicon di blog
Ini adalah tutorial yang saya berikan kepada isteri saya untuk mengajarnya meletakkan favicon di blognya. Saya kongsikan dengan anda yang be...
https://rumputthijau.blogspot.com/2011/04/biniku-belajar-buat-favicon-di-blog.html
Ini adalah tutorial yang saya berikan kepada isteri saya untuk mengajarnya meletakkan favicon di blognya. Saya kongsikan dengan anda yang belum mengetahui cara mudah ini.
Menambahkan favicon di blogger sangat mudah, semudah 1-2-3. Anda hanya memerlukan pengetahuan asas menukar template blogger anda. Yang perlu anda lakukan ialah memasukkan kod link di bawah ini ke template anda antara tag head.
Saya cadangkan anda menambahnya di atas tag </ head>.
Kod LinkURL Gambar
URL gambar adalah alamat web dari gambar yang akan digunakan sebagai favicon anda. Ianya mungkin dalam format jpg, gif, atau png. Untuk mendapatkan alamat URL web, anda perlu meng-upload ke halaman photo hosting, Photobucket. Ganti gambar {url} dengan url gambar anda.
Bagi anda yang masih menggunakan browser IE6, favicon anda tidak akan langsung kelihatan. Berbeza jika anda menggunakan browser firefox, opera dan yang lainnya, favicon anda terus boleh dilihat.
Head Tag
Head tag bermula dengan tag ini: dan diakhiri dengan tag ini: </ head>. Pergi ke Layout-> Edit HTML.
Cari untuk tag akhir (</ head>) dan paste kod link anda di atasnya, lalu simpan.
Hasilnya mungkin tidak terus terlihat disebabkan oleh masalah caching browser anda. Walau bagaimanapun, harap bersabar kerana lama-kelamaan favicon anda pasti kelihatan.
Untuk mencipta URL dan favicon dengan cara paling mudah, saya cadangkan anda ke sini.