Alhamdulillah, aku diuji lagi 2

Sambungan kepada cerita saya kemarin berkaitan insiden yang menimpa Aat, hari ini saya bersama maminya membawa Aat ke Hospital Queen Elizab...

Sambungan kepada cerita saya kemarin berkaitan insiden yang menimpa Aat, hari ini saya bersama maminya membawa Aat ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan seterusnya seperti yang diarahkan oleh doktor di Hospital Tuaran. Sebelum jam 9 pagi (selepas Aat bangun) kami pun bergegas ke HQE. 

Sesampainya di sana, fuhh!! punyalah susah cari parking. Last-last saya parking ditepi jalan dekat dengan roundabout ke Kepayan Ridge. 

Dalam hati saya kalau kena saman apa boleh buat sebab situ sahaja ada ruang kosong walaupun terpaksa naik ke atas simen tepi jalan. 

Saya angkat Aat dan maminya membawa beg berisi keperluan Aat dari situ ke bangunan baru HQE. Sedikitpun tidak terasa penat atau rasa mengeluh walaupun berat Aat pada masa ini ialah 18kg. 

Dalam pada kesakitan itu, Aat masih boleh memberikan senyuman dan menegur kanak-kanak yang kami temui sepanjang jalan ke bangunan itu. 

"Baba, Aat mahu henpon game", itulah antara kata-kata Aat meminta supaya dibelikan henpon game (saya rasa henpon mainan saja ni...). 

Saya mengiyakan sahaja kata-katanya sambil cuba bergurau. Aat memang dalam keadaan yang stabil pada ketika itu.

Kami mencari Klinik Ortopedik dengan melihat petanda-petanda yang ada. "Tingkat 2", kata maminya. 

Kamipun pergi ke tingkat 2 dengan menaiki lif. Maminya berurusan di kaunter pendaftaran manakala saya mencari tempat duduk yang selesa bersama Aat. 

Kebanyakaan pesakit di sana memakai benda yang sama seperti Aat pakai iaitu balutan putih simen. Ada yang di leher, di kaki dan kebanyakannya di tangan. Aat tersenyum melihat mereka padahal dia sendiri pakai benda yang sama. 

Mungkin Aat tidak sedar bahawa dia juga memakai balutan simen tersebut. Lebih kurang dalam 45 minit, nombor giliran 2073 disebut oleh mesin pemanggil ke bilik 6. 

Kamipun masuk ke bilik itu dan melihat ada dua orang doktor bertugas iaitu seorang doktor lelaki melayu dan doktor perempuan berbangsa cina. 

Kami dilayan oleh doktor lelaki. Agak peramah juga doktor tersebut. 

Beliau menerangkan berkaitan keadaan kes anak saya yang mana berkemungkinan jika proses penyambungan tulang tidak berjaya untuk kali ini, pemasangan dawai adalah antara pilihan terakhir. 

Mami Aat agak terkejut dengan kenyataan itu tetapi doktor wanita itu menenangkannya dengan mengatakan bahawa kebiasaannya untuk kes kanak-kanak seperti Aat, proses sambung tulang biasanya berjaya.

Berdasarkan kepada x-ray yang kami bawa dari Hospital Tuaran itu, doktor lelaki itu tidak dapat membuat keputusan dengan cepat sebab ada beberapa petanda yang perlu dirujuk kepada doktor pakar. 

Doktor itu menyuruh kami menunggu sebentar sementara dia pergi berjumpa doktor pakar untuk berbincang berkaitan perkara tersebut. 

Sekembalinya dia ke bilik itu, dia memberitahu bahawa Aat terpaksa ditahan di wad Hospital Likas untuk proses pembedahan (cantuman tulang tapi bukan dibedah cuma dibius seluruh badan dan tulang itu dicantumkan dengan cara tarik). 

Kami diberikan dokumen sebagai bahan rujukan pendaftaran tersebut.

Kamipun beredar dan kembali ke kereta untuk bergerak ke Hospital Likas. Kalau ikut kata pembantu perubatan tadi, proses itu boleh dibuat awal jika kami mendaftar awal di sana. 

Sesampainya kami di Hospital Likas, masalah tempat letak kereta adalah masalah utama. Saya menurunkan Aat dan maminya di lobi hospital dan saya teruskan untuk mencari tempat letak kereta. 

Selepas 4 kali pusingan, barulah saya dapat meletak kereta apabila salah satu dari beribu kereta di sana keluar. Kedudukan kali inipun agak jauh juga tapi tidak mengapa sebab saya tiada beban untuk diangkat.

Sayapun terus sahaja ke lobi hospital. Walau bagaimanapun giliran untuk mendaftar belum tiba. Selepas beberapa lama, Aat telah didaftarkan dan ditempatkan di Wad Melur 3 di tingkat 6. 

Kamipun pergi ke tingkat 6 dengan menaiki lif......

bersambung!!!

Related

Hospital Tuaran 5501958115428368314

Ikuti Saya


Selamat datang ke blog peribadi MJasni AShukri aka rumputt


Popular

Terbaru

Komen

Text Widget

Syahdu Kalimah

item