Alhamdulillah, aku diuji lagi

Petang ini lebih kurang jam 4.45 petang, aku terkejut kerana maminya berteriak. Aku menutup pintu belakang kereta dan terus meluru ke a...

Petang ini lebih kurang jam 4.45 petang, aku terkejut kerana maminya berteriak.

Aku menutup pintu belakang kereta dan terus meluru ke arah suara itu dan ternampak anakku Is ad Syafaat (Aat) terjatuh ke dalam parit sedalam lebih kurang 4 kaki yang digunakan sebagai laluan menyeberang ke flat tempat aku tinggal. 

Tanpa berlengah, aku terus masuk ke dalam parit dan mengangkat anakku ke atas. Anankku mengadu sakit di pergelangan tangan kanannya malah dia langsung tidak dapat mengangkatnya ketika itu.

"Kita bawa dia pigi klinik", kata maminya. Dalam perjalanan untuk mencari klinik berdekatan, saya mengambil keputusan untuk membawa terus ke hospital berdekatan iaitu Hospital Tuaran.

Sebenarnya sebelum itu saya berniat pergi ke tempat kerja biasa saya di Iramanis Center untuk melakukan tugasan biasa tapi sebelum itu maminya mengajak saya ke pasaraya Giant untuk membeli sesuatu.

Selepas membeli, kami balik ke rumah dan niat asalnya saya terus ke tempat kerja. Tapi ujiannya tidak mengira waktu dan tempat dan akhirnya destinasi saya ialah hospital.

Sesampainya kami di hospital lebih kurang jam 5.15 petang, kami terus ke wad kecemasan untuk mendapatkan rawatan. Alhamdulillah masih ada petugas yang aktif pada masa itu.

Maminya membuat aduan berkaitan kejadian tadi dan petugas sana mengambil keputusan untuk membuat x-ray.


Hasil x-ray menunjukkan salah satu tulang dipergelangan tangan anak saya patah. Terasa patah juga hati ini bila mendengar keputusan itu.

Mahu rasanya saya tidak melihat filem x-ray tersebut kerana terlalu jelas kelihatan kepatahan tersebut.

Perasaan itu mampu saya selindungkan tapi hati saya bergetar semula bila mendengar keluhan Aat, "Baba Aat sakit".

Kami menunggu keputusan doktor mengenai proses seterusnya. Tidak lama kemudian doktor memberitahu bahawa tangan anak saya akan di simen.

Sebenarnya saya sudah tahu mengenai itu dan sentiasa mengharap agar jangan ada keputusan lain selain itu yang diberitahu oleh doktor tersebut.


Proses sebelum simen ialah bius. Sebelum dibius, satu alat berjarum untuk memasukkan ubat perlu di masukan ke tangan Aat.

"Aat tidak", itulah ucapan anakku bila petugas memulakan kerjanya.

Saya membantu mereka dengan memberikan kata-kata semangat kepada Aat dan menutup matanya agar tidak melihat apa yang berlaku.


Teknik ini berjaya meredakannya walaupun dia menangis sekejap menahan kesakitan jarum yang dimasukkan ke urat di tangannya.

Tidak lama selepas itu proses bius untuk penahan sakit dibuat.

Malangnya bius pertama tidak membantu menidurkan anak saya dan menyebabkan kelengahan proses simen.

Doktor mengarahkan petugasnya untuk memasukkan ubat bius sekali lagi tapi bius kedua kali ini juga tidak mendatangkan kesan kepada Aat.


Saya menjadi risau kerana sebelum simen proses meluruskan dan menyambungkan tulang yang patah perlu dibuat.

Jika mereka melakukannya dalam keadaan Aat sedar, alangkah siksanya Aat menahan kesakitan tersebut. Kalaulah saya boleh mewakili kesakitan tersebut, saya akan tanggung semuanya.

Walau bagaimanapun, Aat sangat kuat sebab ketika proses pelurusan tulang tersebut dia hanya berteriak sakit ketika sampai tahap yang tidak tertahannya.


Selepas meluruskan dan memperbetulkan kedudukan tulang tersebut, proses simen dibuat untuk memastikan tulang itu tidak bersilang dan berada dikedudukan yang tepat.


Selepas disimen, Tangan Aat akan di x-ray semula untuk memastikan adakah tulang itu benar-benar berada dalam kedudukan yang tepat. Kami diarahkan pergi ke bilik x-ray.

Selepas beberapa ketika kami diberikan filem x-ray tersebut untuk diserahkan kepada doktor bagi tujuan analisis.

Doktor menjelaskan bahawa memandangkan ketepatan cantuman tulang hanya pada tahanp 90% sahaja, kami diarahkan untuk pergi ke Bahagian Tulang, Hospital Queen Elizabeth bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Pastinya saya akan membawa Aat esok ke Hospital Queen Elizabeth. 

Kini Aat ada di rumah tetapi dalam situasi yang berbeza yang mana kelibat dan keaktifannya bukan seperti biasa. Kesakitan dan tangisan yang menguasai keadaan rumah ini.

Wajah sedih, risau dan gundah terpampang diwajah maminya. Tekad dan semangat tetap bersinar diwajah maminya dan masih sempat tersenyum ketika terpandang aku. 

Malam ini adalah malam yang agak suram kerana rengekan Aat membuatkan sanubariku menangis. Tapi jiwa ini tetap yakin bahawa ini adalah ujian Allah SWT dan semestinya ada hikmah disebaliknya.

Aku meluahkan perasaanku di blog ini dan cuba mengongsikannya di facebook. Terima kasih kepada rakan-rakanku yang bersimpati dan saya yakin simpati kamu itu ikhlas.

Aat menangis!
Aat menangis!
Aat menangis!
Aat menangis!
Aat menangis!

Kasihan bila mendengar Aat berkata, "Aat tidak mahu pakai" memaksudkan simen ditangannya. Sabarlah Aat ku sayang. Tidak lama lagi Aat akan sembuh dengan izin Allah!


......bersambung! (saya akan ceritakan lagi pengalaman Aat esok). Terima kasih kepada anda yang sudi membaca coretan ini.

Aat masih mampu tersenyum walaupun dikala menanggung kesakitan.

Terima kasih Allah kerana berikan aku kekuatan sekuat ini dan ku mohon kepadaMu untuk membuatkan aku sentiasa kuat. Aminn!

Related

Ujian 6643386856471172430

Ikuti Saya


Selamat datang ke blog peribadi MJasni AShukri aka rumputt


PopularTerbaruKomen

Popular

Terbaru

Program Korban 2018

Persatuan Pendakwah Islam Sabah menganjurkan program korban dan menawarkan penyertaan kepada orang ramai untuk menyertai program dengan nilai RM550 untuk 1 bahagian.

Kewajiban Mengikuti Sunnah Rasulullah SAW

Penulis: Syaikh Shalih bin ‘Abdul Aziz Alu Syaikh hafizhohullah Diterjemahkan dari Penjelasan Hadis Arba’in No. 41 Oleh: Abu Fatah Amrullah Murojaah: Ustaz Abu Ukasyah Aris Munandar Kewajiban Me...

Kata pembakar semangat dan motivasi

Berikut adalah koleksi mutiara kata yang mungkin boleh membakar semangat dan motivasi dalam kehidupan. Ingatlah bahawa ada hikmah disebalik setiap dugaan bagi mereka yang berfikir. 1. Don’t pu...

Kisah Pilu Kerinduan Bilal Kepada Rasulullah SAW

Kerinduan Bilal Kepada Rasulullah Apakah Rasulullah Telah Dibangkitan? Tanya orang-orang yang mendengarkan Adzan Bilal. Setelah menonton video ini, tidakkah anda menangis? Bersedih? Bagaima...

Amalan Ringkas Tetapi Berpahala Besar

Segala puji bagi Allah dan selawat serta salam kita curahkan kepada nabi besar kita nabi Muhammad shallallohu ‘alihi wasallam yang telah menghantarkan kita dari zaman jahiliah menuju zaman yang ...

Komen

Anonymous:

Saya cuma nanya urutan zaman nabi nabi dari awal nabi Adam sampai Muhammad yang bisa diketahui, kalau ga tahu ya sudah.....

yadonvalko:

Hard Rock Hotel and Casino Philadelphia - DRMCDHard Rock 경상남도 출장안마 Hotel and Casino Philadelphia 안산 출장샵 · Experience one of Pennsylvania's premier casino resorts · The only Hard 삼척 출장마사지 Rock Hote...

Anonymous:

gembira apa nih ? hmp menjadi seorang istri memang harus menuruti banget kemauan seorang suami yaHerbal Obat

Anonymous:

kok artikel nya engga ada gan ?Obat Penyakit Sakit Pinggang

Text Widget

Syahdu Kalimah

item