DNA khinzir dikesan dalam dua jenis coklat susu Cadbury Dairy Milk

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan adanya DNA khinzir (porcine) dalam dua produk coklat susu Cadbury Dairy Mi...

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan adanya DNA khinzir (porcine) dalam dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk.

Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA khinzir (porcine) bagi tujuan pemantauan.

Keputusan analisis mendapati dua (2) sampel telah dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine) iaitu:

1) Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan

2) Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

KKM mengambil maklum isu pengesanan DNA khinzir (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei.

Di dalam media sosial tersebut telah memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.

Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta.

Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya.

KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my/ atau www.facebook.com/bkkmhq

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : NOR SUZAMAN BIN ABDUL RAHMAN
TEL : 03-8883 2782
EMEL : n.suzaman@moh.gov.my

Related

Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Tentang CTOS

Kebanyakkan orang hanya tahu serba sedikit sahaja tentang apa itu CCRIS dan CTOS. Ramai orang masih tidak mengetahui bagaimana ia berfungsi / bekerja.  Dalam bahagian kedua daripada siri ya...

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

Ikuti Saya


Selamat datang ke blog peribadi MJasni AShukri aka rumputt


PopularTerbaruKomen

Popular

Terbaru

Program Korban 2018

Persatuan Pendakwah Islam Sabah menganjurkan program korban dan menawarkan penyertaan kepada orang ramai untuk menyertai program dengan nilai RM550 untuk 1 bahagian.

Kewajiban Mengikuti Sunnah Rasulullah SAW

Penulis: Syaikh Shalih bin ‘Abdul Aziz Alu Syaikh hafizhohullah Diterjemahkan dari Penjelasan Hadis Arba’in No. 41 Oleh: Abu Fatah Amrullah Murojaah: Ustaz Abu Ukasyah Aris Munandar Kewajiban Me...

Kata pembakar semangat dan motivasi

Berikut adalah koleksi mutiara kata yang mungkin boleh membakar semangat dan motivasi dalam kehidupan. Ingatlah bahawa ada hikmah disebalik setiap dugaan bagi mereka yang berfikir. 1. Don’t pu...

Kisah Pilu Kerinduan Bilal Kepada Rasulullah SAW

Kerinduan Bilal Kepada Rasulullah Apakah Rasulullah Telah Dibangkitan? Tanya orang-orang yang mendengarkan Adzan Bilal. Setelah menonton video ini, tidakkah anda menangis? Bersedih? Bagaima...

Amalan Ringkas Tetapi Berpahala Besar

Segala puji bagi Allah dan selawat serta salam kita curahkan kepada nabi besar kita nabi Muhammad shallallohu ‘alihi wasallam yang telah menghantarkan kita dari zaman jahiliah menuju zaman yang ...

Komen

Anonymous:

Saya cuma nanya urutan zaman nabi nabi dari awal nabi Adam sampai Muhammad yang bisa diketahui, kalau ga tahu ya sudah.....

yadonvalko:

Hard Rock Hotel and Casino Philadelphia - DRMCDHard Rock 경상남도 출장안마 Hotel and Casino Philadelphia 안산 출장샵 · Experience one of Pennsylvania's premier casino resorts · The only Hard 삼척 출장마사지 Rock Hote...

Anonymous:

gembira apa nih ? hmp menjadi seorang istri memang harus menuruti banget kemauan seorang suami yaHerbal Obat

Anonymous:

kok artikel nya engga ada gan ?Obat Penyakit Sakit Pinggang

Text Widget

Syahdu Kalimah

item