Kimaragang bukan...
https://rumputthijau.blogspot.com/2014/05/kimaragang-bukan.html
June 1, 2011 at 7:24pm
Kimaragang bukan pertubuhan/persatuan
Kimaragang adalah bangsa. Kita mahu bangsa ini dimartabatkan. Pertubuhan/persatuan adalah ejen penggerak usaha ini. Kita anak bangsa perlu menyokong dan bersama-sama merealisasikan usaha tersebut.
Kimaragang adalah bangsa. Kita mahu bangsa ini dimartabatkan. Pertubuhan/persatuan adalah ejen penggerak usaha ini. Kita anak bangsa perlu menyokong dan bersama-sama merealisasikan usaha tersebut.
Kimaragang bukannya Tandek atau Pitas. Kimaragang adalah bangsa orang yang ada di Tandek dan Pitas. Dalam mencanangkan bangsa, orang Pitas dan Tandek perlu bersatu untuk memastikan bangsa kita bersatu dan menarik.
Kimaragang bukan agama. Kimaragang adalah bangsa bagi penganut agama anutan masing-masing.
Kimaragang bukan parti politik. Kimaragang adalah bangsa orang yang menjadi pengamal politik.
KIMARAGANG ADALAH BANGSA KITA. DALAM PERJUANGAN MENGANGKAT KIMARAGANG, KITA FOKUSKAN KEPADA KIMARAGANG.
Wilayah Kimaragang perlu direalisasikan. Kesatuan perlu diperkuatkan. Khabarkan kepada saudara kita bahawa Kimaragang akan menjadi bangsa yang hebat.
Sekadar pandangan anak kecil dari bangsa Kimaragang
Mohd. Jasni Ahmad Shukri
Dipetik dari Nota Facebook
Coretan ini tercetus ketika konflik antara 2 persatuan pembangun bangsa Kimaragang iaitu Pertubuhan Kimaragang Malaysia dan Persatuan Kimaragang Sabah Bersatu.
Dipetik dari Nota Facebook
Coretan ini tercetus ketika konflik antara 2 persatuan pembangun bangsa Kimaragang iaitu Pertubuhan Kimaragang Malaysia dan Persatuan Kimaragang Sabah Bersatu.