21 Keperluan Asas Sebuah Perniagaan
Anda ingin berniaga? Ataupun sudah berniaga tetapi ingin melakukan bisnes dengan lebih ‘serius’? Berikut adalah beberapa keperluan asas un...
http://rumputthijau.blogspot.com/2012/05/21-keperluan-asas-sebuah-perniagaan.html
Anda ingin berniaga? Ataupun sudah berniaga tetapi ingin melakukan bisnes dengan lebih ‘serius’?
Berikut adalah beberapa keperluan asas untuk apa sahaja bentuk dan jenis perniagaan.
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa tiba-tiba saya memaparkan artikel berkaitan dengan keperluan asas sebuah perniagaan ini? Secara peribadi memang niat ada dan saya ingin mengajak rakan-rakan semua untuk memperhalusi isi artikel ini sebagai persediaan jika minat sudah ditanamkan untuk menjadi peniaga.
Berikut adalah beberapa keperluan asas untuk apa sahaja bentuk dan jenis perniagaan.
- Sijil Pendaftaran Perniagaan SSM (ROB), bagi perniagaan milikan atau perkongsian. ATAU, Sijil Perbadanan Syarikat (Sdn. Bhd.), bagi pendaftaran syarikat (ROC).
- Kepala surat.
- Rubber stamp (cop perniagaan).
- Premis perniagaan dan alamat profesional (boleh gunakan virtual office).
- Kad bisnes.
- Profile perniagaan.
- Laman web ataupun blog menggunakan domain name. Laman web yang simple sudah memadai.
- Sistem rekod kewangan (akaun), sama ada cara manual ataupun perisian. Boleh gajikan akauntan ataupun dapatkan perkhidmatan pihak luar.
- Invois.
- Resit tunai.
- Akaun semasa di mana-mana bank (peribadi ataupun perniagaan).
- Buku cek (diperolehi melalui akaun semasa).
- Mendaftar sebagai pembayar cukai (LHDN). – Perniagaan (ROB) atau Syarikat (ROC)
- Akaun Paypal untuk menerima bayaran secara kad kredit/debit oleh pelanggan. Selain Paypal, boleh gunakan perkhidmatan dari Malaysia seperti ipay888 dan Netbuilder.
- Talian tetap telefon dan mesin faks. Boleh gunakan perkhidmatan virtual office.
- Talian telefon mudah alih (mobile). Seeloknya gunakan satu nombor khas untuk urusan bisnes sahaja. Satu nombor lain pula untuk urusan peribadi.
- Akaun Facebook untuk berkenalan dengan usahawan lain dan menambah bakal pelanggan (prospek).
- Buku catatan (diari kerja) untuk mencatat perkara-perkara penting seperti mesyuarat, pertemuan dengan pelanggan, program dan sebagainya.
- Ruang kerja / ruang pejabat. Boleh sediakan satu ruang kerja di rumah (SOHO), ataupun gunakan perkhidmatan Virtual Office – Serviced Office.
- Komputer desktop ataupun laptop. Boleh beli gajet seperti ipad, iphone dan Blackberry jika diperlukan sahaja dan berguna untuk perniagaan (bukan untuk sekadar bergaya dan ikut orang).
- Kad debit. Untuk pembelian online (termasuk untuk proses pengaktifan akaun Paypal).
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa tiba-tiba saya memaparkan artikel berkaitan dengan keperluan asas sebuah perniagaan ini? Secara peribadi memang niat ada dan saya ingin mengajak rakan-rakan semua untuk memperhalusi isi artikel ini sebagai persediaan jika minat sudah ditanamkan untuk menjadi peniaga.