Kenapa domain perlu untuk blog/website?

Pemilihan nama domain tidak boleh dipandang ringan sekiranya anda ingin memulakan sesebuah blog. Selain melakukan SEO (search engine opti...

Pemilihan nama domain tidak boleh dipandang ringan sekiranya anda ingin memulakan sesebuah blog. Selain melakukan SEO (search engine optimization) untuk artikel dan link dalaman di dalam blog anda, nama domain yang baik juga akan memberi impak kepada blog tersebut. 

Nama domain yang dipilih juga seharusnya kena dengan niche dan keyword sesebuah blog yang ingin dibina. Ia akan memberi kesan keatas carian dan ranking sesebuah laman web/blog tersebut.

Menamakan laman web/blog anda mengikut nama domain juga amat penting. Jadi sekiranya anda ingin membina blog yang menceritakan berkaitan dengan 'langsir' maka adalah lebih baik nama 'langsir' dimasukkan ke dalam nama domain anda. 

Anda harus ingat pelawat yang inginkan maklumat tentang 'langsir' akan menaip/memasukkan nama langsir di dalam carian mereka.

Pilihlah nama domain yang mudah untuk diingati. Ini akan memudahkan pelawat mengingati dan kembali ke blog atau laman web anda untuk kali yang berikutnya. 

Tambahan pula sekiranya anda membina blog berkaitan produk dan barangan untuk dipromosikan anda pasti mahukan pelawat sentiasa datang ke laman web/blog anda setiap hari. 

Elakkan penggunaan nama yang pelik kerana nama yang tidak memberi apa-apa erti menyukarkan laman web anda untuk dikenali atau dilawati.

Kecuali sekiranya anda telah mempunyai bisnes yang telah berkembang maju dan popular yang mana rata-rata ramai telah mengetahui dan mendengar tentang jenama atau perniagaan anda.

Penggunaan 'hyphen'

Kebanyakkan blogger atau webmaster hanya akan menggunakan (-) 'hyphen' apabila domain yang mereka ingini telah dimiliki oleh orang lain. 

Salah satu cara untuk mereka yang masih mahu menginginkan nama domain tersebut ialah dengan menambahkan 'hyphen' diantara perkataan untuk domain tersebut. 

Keburukkan menggunakan hyphen ialah pelawat akan mudah lupa untuk menaip (-) semasa mencari laman anda dan apabila seseorang mengesyorkan laman anda kepada teman-teman yang lain, penggunaan hyphen sering ditinggalkan. 

Contohnya, anda baru setup satu laman web/blog iaitu "nama-domain-yang-baik.com" dan anda memberitahu teman atau rakan anda supaya melawati blog anda tersebut tetapi rakan anda melakukan carian dengan menaip "namadomainyangbaik.com" maka secara percuma anda mempromosi laman web orang lain kepada rakan anda.

dot.com, dot.net, dot.org, dot.info?

Pada saya dot.com adalah lebih baik. kenapa? sebab, umum lebih mengingati dot.com. Pelawat lebih cenderung mengingati dot.com.

Sebut sahaja mengenai laman web, hanya dot.com yang bermain difikiran mereka. Sekiranya anda tidak pentingkan trafik atau penjenamaan untuk perniagaan atau laman web anda, maka saya syorkan anda pilihlah mana-mana yang anda suka.

Domain regional atau cc-TLD (country-code Top-Level Domain), seperti .my (Malaysia), .id (Indonesia), .sg (Singapura) juga sesuai sekiranya perniagaan anda lebih spesifik kepada sesebuah negara.

Ianya memberi manfaat kepada pelawat untuk mengetahui dengan lebih mudah dimana perniagaan atau servis anda dijalankan.

Jenis-jenis domain domain adalah seperti di bawah

gTLD – Generic Top-Level Domains
Domain yang sering digunakan dan paling popular seperti .com, .net, .org, .biz, .info, dan lain-lain.

ccTLD – Country Code Top-Level Domains
Domain yang diwujudkan spesifik kepada sesebuah negara. contoh, .my (Malaysia), .id (Indonesia), .sg (Singapura). Ada negara yang hanya membenarkan pendaftaran domain ini hanya kepada kerakyatan negara tersebut sahaja.

sTLD – Sponsored Top-Level Domains
Domain ini dikawal oleh agensi tertentu. Seperti .museum dikawal oleh Museum Domain Management Association.

Sumber

Kenapa perlu ada domain sendiri untuk blogspot anda?

Serius

Bagi blogger yang serius dalam blogging, anda mungkin dilihat kurang serius lebih-lebih lagi blog yang berasaskan perniagaan.

Lebih profesional

Dulu domain ini hanya dibeli oleh mereka yang membuat website ataupun untuk sesuatu kepentingan seperti perniagaan. Amat kurang bagi blogger biasa untuk mempunyai domain sendiri. Oleh itu jika anda ada domain sendiri, orang akan menganggap anda sebagai profesional.

Trademark

Dahulunya blog ini tak dikenali langsung. Selepas menggunakan domain sendiri, ramai yang mula kenal. Ini kerana pemilik blog menggunakan nama sendiri atau nama perniagaan sebagai domain untuk blognya.

Secara psikologinya, blog personal yang menggunakan domain namanya sendiri akan lebih mudah diingat berbanding yang menggunakan url biasa daripada blogspot.

Trik

Domain pun antara salah satu trick yang boleh digunakan oleh blogger untuk nampak seperti ada website sendiri walaupun tidak mempunyai hosting.

Pada masa ini blogspot bukan seperti dulu yang hanya digunakan untuk membuat entri sahaja tetapi kini mampu diinovasikan menjadi website platform perniagaan profesional seperti minisite, shopping cart, majalah, portal akhbar dan sebagainya.

Related

Utama 9169918434156851882

Post a Comment

  1. Hard Rock Hotel and Casino Philadelphia - DRMCD
    Hard Rock 경상남도 출장안마 Hotel and Casino Philadelphia 안산 출장샵 · Experience one of Pennsylvania's premier casino resorts · The only Hard 삼척 출장마사지 Rock Hotel in Chester,  · Hotel Meeting 여주 출장샵 Space · Dining & Event Space 부산광역 출장안마 · VIP Services

    ReplyDelete

emo-but-icon

Ikuti Saya


Selamat datang ke blog peribadi MJasni AShukri aka rumputt


Popular

Terbaru

Komen

Text Widget

Syahdu Kalimah

item