Lagu Terpendam saya ilhamkan pada tahun 1995

Lagu ini telah dicipta pada tahun 1995. Sebuah lagu yang pasti akan menyentuh rasa anda yang pernah/sedang 'secret admire' dengan s...

Lagu ini telah dicipta pada tahun 1995. Sebuah lagu yang pasti akan menyentuh rasa anda yang pernah/sedang 'secret admire' dengan seseorang.

Berdasarkan pengalaman saya dan penyanyinya adalah sahabat karib saya yang mendengar serta melihat selama penciptaan lagu ini.

Pernah dinyanyikan oleh sahabat saya ini suatu ketika dulu sehingga menyebabkan seorang gadis yang lain sangat terasa dan mengalirkan air mata di depan mata saya.

Apa kesudahan cerita dalam lagu ini? Ada masa nanti kita cerita-cerita :) 

  

Apa rasa anda selepas mendengar lagu ini?
Nantikan kemunculan lagu ini dalam album Harun AR yang akan berada di pasaran Malaysia tidak lama lagi. 
Harun dalam salah satu konsertnya
 
TERPENDAM (Demo Piano)

Lagu/Lirik : Mohd. Jasni Ahmad Shukri @ DJR
Penyanyi : Harun AR (duet bersama Dalila dalam album sebenar)

Andai kau tahu
Perasaanku ini
Pastinya Kau kan terasa

Sunyi kurasakan
Diketika ini
Tersiksa hati kecilku

Sunyi kurasakan
Diketika ini
Tersiksa hati kecilku

Seraut wajahmu
Menyinarkan cahaya
Kesamaran dalam cinta

Andai kau rasa
Apa yang ku alami
Pastinya kau kan simpati

Sepi menghantui
Resah berpanjangan
Kerinduan menyiksa diri

Seulas senyummu
Penawar rinduku
Menyalakan keyakinanku

Korus

Tersiksa naluriku ini
Bila kau bersamanya
Bagaikan aku tiada

Terpendam perasaanku
Tanpa kau ketahuinya
Biarkanlah jadi rahsia

Jika takdir merelakannya
Kau pasti akan mengerti

Andai kau rasa
Igauanku ini
Pastinya aku bahagia

Berputik kesetiaan
Hilang keraguan
Kedamaian yang aku cari

Tapi apakan daya
Aku insan biasa
Hanya ada perasaan

*****Semoga terhibur!

MJasni AShukri
Maktab Gaya, Kota Kinabalu
1995

Related

Terpendam 8967633908763443924

Post a Comment

emo-but-icon

Ikuti Saya


Selamat datang ke blog peribadi MJasni AShukri aka rumputt


Popular

Terbaru

Komen

Text Widget

Syahdu Kalimah

item